SK. Pinggan-Pinggan, Pitas

LOG MASUK/DAFTAR

PENDAPAT ANDA

Apa pendapat anda mengenai website ini?
 
Anda Adalah Pelawat ke:
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini65
mod_vvisit_counterKemarin79
mod_vvisit_counterMinggu Ini305
mod_vvisit_counterBulan Ini2327
mod_vvisit_counterKeseluruhan27857
Ahli: 96
Berita: 55
Pautan: 12

SEMBANG PENDIDIK

Nama:

Mesej:

Advertisement

KIRIMAN TERBARU DI FORUM

Re:Virus Msmsgs bad1 bad2 bad3 System
geronggong 27-08-08 05:09
Virus Msmsgs bad1 bad2 bad3 System
sinoor 24-06-08 07:08
PAK PANDIR KE KEBUN
sinoor 28-05-08 19:56
Re:IE vs Firefox
japaruddin 25-05-08 03:59
Re:SVICHOSSST.exe ?
shyanis 23-03-08 02:12
Utama
PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2009
Ditulis oleh mohd noor   
Monday, 07 July 2008

Pendaftaran Tahun Satu untuk sesi persekolahan 2009 kini telah dibuka. Pendaftaran dibuka untuk murid yang lahir pada atau sebelum tahun 2002. Ibubapa boleh mendapatkan borang pendaftaran di sekolah ini dengan berhubung dengan En. Ahmed Malan (PK Hal Ehwal Murid).

Ibubapa diingatkan untuk menyediakan sijil lahir murid (asal) dan salinan kad pengenalan kedua-dua ibu dan bapa untuk proses pendaftaran tersebut.

 
Atlit-Atlit SK Pinggan-Pinggan Di Stadium Likas.
Ditulis oleh mohd noor   
Sunday, 15 June 2008

Seramai 8 orang pelajar SKPP adalah sebahagian daripada 29 orang peserta yang mewakilii Gabungan Kota Marudu telah terpilih mengikuti Program Mengenal Pasti Bakat Sukan (TID) Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah dan Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program ini diadakan selama 3 hari bermula 13 Jun 2008 hingga 15 Jun 2008. Seramai 136 peserta yang berumur 12 tahun dari seluruh  Sabah (barat) mengikuti program ini. Program ini diadakan untuk menguji calon yang berpotensi untuk memasuki sekolah sukan (Bukit Jalil dan Bandar Penawar). Antara kualiti yang diuji ialah fizikal peserta, kepantasan, kekuatan, ketahanan dan koordinasi. Item-item ujian pula ialah ukuran tinggi dan berat, lompat menegak, lari ulang alik, lontaran bola, larian pecut, larian ketahanan dan sebagainya.

Peserta-peserta SKPP yang mengambil bahagian ialah Mohd Faris Osman, Mohd Adil Ahda Roslee, Izwan Haquim Mohd Noor, LD Laing Tius, Nurul Atika Abd Halim, NurHikmah Firdaus, Mohd Azmin dan Badrum Hisyam Bagang. Peserta-peserta ini diiringi oleh Cikgu Alimin dan Cikgu Mohd Noor.

Atlit SKPP
Atlit SKPP bergambar kenangan di Stadium Likas

Dari kiri - Nurul Atika, Nur Hikmah, Izwan, Adil, Azmin, LD, Badrum, Faris

 

Peserta-peserta TID
sebahagian dari peserta-peserta TID

gambar-gambar selanjutnya selepas ini (klik link di bawah) 

Baca lagi...
 
SAMBUTAN HARI GURU SKPP MERIAH
Ditulis oleh mohd noor   
Friday, 13 June 2008

Hari Guru Peringkat sekolah yang diadakan pada 12 Jun 2008 disambut meriah. Pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Aktiviti yang paling mendapat sambutan ialah sukaneka. Pelbagai acara yang diadakan disertai oleh guru-guru dan murid. Antara yang diadakan ialah pertandingan tarik tali, lari dalam guni, mengisi air dalam botol, 'raja' pakaian beragam dan tendang bola sambil tutup mata.

Sambutan Hari guru peringkat SKPP dianjurkan oleh Kelab Guru SKPP. Ustaz Mahisan selaku pengerusi kelab guru mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat pada kali ini. Beliau juga berkata, sambutan kali ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama guru dan juga murid-murid SKPP. 

Lari Dalam Guni
Lari Dalam Guni

Tarik Upih Pinang
15 Kuasa Kuda ni...

Banyak lagi gambar-gambar menarik selepas ini. 

Baca lagi...